Monday, June 25, 2012

Persamaan Antara Mereka

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua...
Dipendekkan cerita, 'measuknow' tertengok lah gambar2 lama anak2 'measuknow' tu.. terperasan pulak gambar2 anak2 'measuknow' tu..




cher teka yang mana satu Syasya & yang mana satu Nazran? hehehehhehehehe selamat mencuba..

Friday, June 22, 2012

Ustazah Bahyah & Ustaz Akashah

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.... pagi tadi dapat lah sedikit ilmu yang nak dikongsi bersama. Ceramah Israk & Mikraj oleh YBhg. Ustazah Dato' Nor Bahyah binti Mahmood & Ustaz Wan Akashah bin Wan Hamid di Audotorium MinDef, Wisma Pertahanan. Sesungguhnya ceramah kali ni memang tidak membosankan... memang seronok. 'measuknow' merasakan bahawa mereka adalah pasangan yang serasi, comel, ideal dan sesuai sangat digelar pasangan sehati sejiwa.. hehehhehe bukan sehati berdansa hokey... ada seperkara yang nak 'measuknow' kongsikan bersama iaitu sepotong ayat dari Surah AnNaml ayat 30-31 iaitu

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ


Maksud Ayat :-

Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : "Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".

Bacaan dalam huruf rumi:-


Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta'luu a'layya wa'tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)

Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Diharap kita dapat sama-sama kongsikan yer.. doakan agar 'measuknow' dapat menghafal ayat tersebut untuk kegunaan harian.. Amin.. hingga kita berjumpa lagi...
 
comel je kan pasangan ini.. semoga ikatan cinta seharian ini akan mempereratkan hubungan mereka.

Thursday, June 21, 2012

Perjalanan Yang Ketiga Terhenti Di Sini

Assalamualaikum semua..







Terasa berat untuk menceritakan mahupun meluahkan nya.. Kan post sebelum ni 'measuknow' mengharapkan dapat twin kan? tapi apakan daya.. bukan twin tak dapat, satu pun dapat.. 'measuknow' keguguran lah.. sedih masa menyelubungi diri ini.







Ada sesetengah sahabat-sahabat 'measuknow' yang dah tahu mengenai berita keguguran yang 'measuknow' alami. Harap-harap biarlah yang pertama dan terakhir kes keguguran ini. Bukan apa, terasa macam orang cacat pula bila tidak boleh bergerak walaupunnnnnn separuh badan.. huhuhuhu kencing pun org tolong tadahkan, cuci tut 'measuknow' pun org cucikan.. huhuh malu yang amat.... tp apakan daya... buang saja lah kemaluan itu.. opsss malu itu.. hehehehhe







'Measuknow' nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat suami 'measuknow' yang sentiasa setia menemani dan walaupun panik berhadapan kes keguguran ini, namun dia tetap cool.. eceh2.. klu dia baca mesti terharu ni. heheehe mekasih abang.. sayang abang sangat2... ..







Walaupun tiada rezeki yang ketiga kali ini, namun 'measuknow' tetap bersyukur kerana permata hati 'measuknow' semakin membesar dan membesar dengan jayanya.. amin.. syukur padaMU ..

ini lah permata hati 'measuknow' yang terchinta.. muahhhh