Friday, June 22, 2012

Ustazah Bahyah & Ustaz Akashah

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.... pagi tadi dapat lah sedikit ilmu yang nak dikongsi bersama. Ceramah Israk & Mikraj oleh YBhg. Ustazah Dato' Nor Bahyah binti Mahmood & Ustaz Wan Akashah bin Wan Hamid di Audotorium MinDef, Wisma Pertahanan. Sesungguhnya ceramah kali ni memang tidak membosankan... memang seronok. 'measuknow' merasakan bahawa mereka adalah pasangan yang serasi, comel, ideal dan sesuai sangat digelar pasangan sehati sejiwa.. hehehhehe bukan sehati berdansa hokey... ada seperkara yang nak 'measuknow' kongsikan bersama iaitu sepotong ayat dari Surah AnNaml ayat 30-31 iaitu

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِأَلَّا تَعْلُوا عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ


Maksud Ayat :-

Sesungguhnya surat itu, dari Sulaiman dan sesungguhnya (isi)nya : "Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Bahawa janganlah kamu sekelian berlaku sombong terhadapku dan datanglah kepadaku sebagai orang-orang yang berserah diri".

Bacaan dalam huruf rumi:-


Innahuu min sulaimaana wainnahuu bismillaahirrahmaanirrahiiiim. Allaa ta'luu a'layya wa'tuunii muslimiiiin.
(Ayat 30-31 Surah AnNaml)

Ayat ini dibaca dan dihembus ke muka atau ke arah orang yang dimaksudkan secara berdepan. Ayat ini adalah untuk mengatasi masalah anak-anak yang tidak mendengar kata, tidak hormat kepada ibubapa dan sebagainya.

Diharap kita dapat sama-sama kongsikan yer.. doakan agar 'measuknow' dapat menghafal ayat tersebut untuk kegunaan harian.. Amin.. hingga kita berjumpa lagi...
 
comel je kan pasangan ini.. semoga ikatan cinta seharian ini akan mempereratkan hubungan mereka.

No comments:

Post a Comment